Tanggal
21 Ogos 2021 detik bersejarah buat Malaysia apabila dianugerahkan seorang
Perdana Menteri Ke 9 setelah 2 kerajaan selepas PRU-14 pada Mei 2018.
Tidak sama dengan kerajaan-kerajaan terdahulu sebelum PRU-14 yang mana negara diuruskan dengan baik dan tidak dihalangi oleh pandemik atau bencana yang besar buat Malaysia.
Dalam
pandemik ini sesiapa sahaja yang menjawat jawatan PM dan parti mana sekali pun
yang menjadi tunggak kepada kerajaan maka ianya sebuah kerajaan yang menanggung
atau berdepan tugas berat dan luar biasa.
Tidak sama dengan kerajaan-kerajaan terdahulu sebelum PRU-14 yang mana negara diuruskan dengan baik dan tidak dihalangi oleh pandemik atau bencana yang besar buat Malaysia.
Perdana
Menteri yang baharu Datuk Seri Ismail Sabri pasti akan menjadi tumpuan
seluruh rakyat. Prestasi beliau bakal menjadi ukuran kepercayaan rakyat kepada
kemampuan beliau.
Justeru
sebagai rakyat, kita harus memberikan ruang dan peluang kepada beliau untuk
membuktikan kemampuan beliau dan bersama menyokong usaha dan perancangan beliau
tanpa ragu.
Sesiapa
sahaja yang menjadi PM sudah pasti sokongan dan dokongan rakyat merupakan
faktor penting kepada kejayaan negara dalam menangani apa jua krisis dan
pandemik.
Insya-Allah.
Dengan berkat doa dan harapan rakyat yang menyambut baik perlantikan Ismai Sabri di mana negara berdepan krisis politik dan pandemi Covid-19
pasti kita semua akan meraikan kejayaan untuk keluar dari krisis kesihatan dan
ekonomi rakyat dalam kadar yang segera.
No comments:
Post a Comment