Tuesday, 24 August 2021

Hak perdana menteri cadangkan pelantikan jemaah menteri

Dalam Perlembagaan menyatakan bahawa hak mencadangkan pelantikan anggota Jemaah Menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri.

"Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut: (b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri-menteri lain dari kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen"

Pemimpin politik perlu memahami perkara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ini.

Perdana Menteri perlu diberi kebebasan untuk mencadangkan nama-nama anggota pasukannya berdasarkan realiti politik dan keadaan semasa negara.

Tugas sebagai Perdana Menteri bukan mudah. Jadi, berilah peluang kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) melaksanakan tugas berat ini tanpa tekanan atau perlu menuruti kehendak pihak-pihak berkepentingan.

Mudah-mudahan selepas ini jangan ada lagi usaha-usaha dari kumpulan tertentu menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan lagi.

Cukup-cukuplah bermain politik berebut kuasa. Utamakan rakyat terlebih dahulu. Tunggu sampai PRU15, pastu lawan la secara terhormat.

No comments:

Post a Comment