Wednesday, 23 March 2022

SANTUNI KELUARGA ASNAF DI BERIS LALANG

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan hasil prihatin penyumbang telah menyatuni keluarga asnaf di Beris Lalang, Bachok. Sedikit bantuan diserahkan kepada keluarga Zurita bagi meringankan beban ditanggung mereka sekeluarga.

Keluarga ini diuji dengan suami mengalami sakit yang membataskan usaha mencari rezeki, manakala seorang anak mengalami masalah buah pinggang tahap 4.

Sumbangan berupa barang makanan kering dan susu bayi adalah hasil sumbangan orang ramai yang mengamanahkan kepada Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memberi peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu.  

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment