Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas
adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir
pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah
carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan
ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera,
tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam.
Ia
boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus
boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang
menakjubkan.
Belangkas
boleh dimakan sama ada telur atau isinya. Bagaimanapun, hanya belangkas betina
yang sesuai dimakan kerana mempunyai banyak isi. Belangkas hidup berpasangan
setiap masa. Sebab itu ada pepatah mengatakan seperti belangkas yang bermaksud
pasangan yang sukar untuk dipisahkan.
Selain belangkas boleh dimakan, kini belangkas mendapat permintaan tinggi
kerana bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus,
bakteria dan toksin. Kit antitoksin menggunakan belangkas telah berkembang di
Barat sejak 1988.
Sebab
itu, belangkas kini mempunyai nilai komersal yang tinggi, terutama darahnya.
Uniknya darah belangkas berwarna biru mempunyai nilai di pasaran yang tinggi di
Barat.
Fakta
tahun 2020 mencatatkan harga bagi setiap liter darah belangkas boleh mencecah
kira-kira RM50,000 di Amerika Syarikat.
Secara
puratanya, untuk mendapat satu liter darah biru belangkas memerlukan kira-kira
100 ekor belangkas yang bersaiz kecil atau yang lazim terdapat di Semenanjung
Malaysia. Namun, jika bersaiz besar yang biasa terdapat di Sabah, ia hanya
memerlukan kira-kira 50 ekor sahaja.
Menariknya, darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas
tersebut. Hanya kira-kira 10 peratus dari darah belangkas saja yang disedut dan
kemudian dilepaskan semula ke habitat asal. Ia tidak ubah seperti proses
menderma darah yang dilakukan oleh manusia. Jadi, ia boleh disedut berkali-kali
dalam tempoh masa tertentu apabila ditangkap kembali.
Untuk memastikan bekalan mencukupi dan tidak putus, belangkas kini telah
diternak secara khusus. Kawasan yang sesuai dipilih untuk dijadikan 'ladang'
belangkas. Penternakan belangkas kini dianggap satu usaha yang amat
menguntungkan.
No comments:
Post a Comment