Biarpun program tumpuan
dilaksanakan Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan lebih kepada membantu dalam
membekalkan makanan kepada golongan asnaf, namun apa sahaja aktiviti yang
memberi kebaikan kepada masyarakt turut dilakukan.
Pertubuhan Cakna Asnaf
Kelantan bekerjasama dengan NGO dan orang perseorangan dalam melakukan
kerja-kerja kebajikan.
Sebelum Ramadan, dua wakil
dari Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan menaiki bot menyusur delta Sungai Kelantan
untuk mengagihkan al-Quran yang disumbangkan oleh Wan Mustapha, Restoran Sri
Kandar, Kampung Banggol.
Al-Quran wakaf itu akan
diagih-agihkan oleh wakil Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan kepada komuniti di
Pulau Seratus dan Pulau Beluru.
Program wakaf al-Quran
diusahakan oleh Wan Mustapha, Restoran Sri Kandar yang menerima wakaf al-Quran
dari jabatan, NGO, syarikat swasta dan orang perseorangan, yang kemudiannya diagih-agihkan
kepada masjid, institusi pendidikan, pondok pengajian, kelas al-Quran dan
individu yang memerlukannya.
Selain diedar di negeri
Kelantan dan seluruh Malaysia (mengikut keperluan), al-Quran berkenaan juga dimanfaatkan
umat Islam di Selatan Thai.
Sesiapa yang ingin
mewakafkan al-Quran atau memerlukan al-Quran boleh menghubungi Wan Sri Kandar
(019-4651826), Kampung Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment