Monday, 11 April 2022

KITA BANYAK MELAKUKAN DOSA

 
Kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia banyak sekali. Setiap hari, manusia pernah berbuat dosa, baik dosa kecil maupun dosa besar.

Setiap anggota tubuh manusia pernah melakukan kesalahan dan dosa. Mata sering melihat yang haram, lidah sering bicara yang tidak benar, berdusta, melaknat, sumpah palsu, menuduh, membicarakan aib sesama muslim (ghibah), mencela, mengejek, menghina, mengadu-domba, memfitnah, dan lain-lain.

Telinga sering mendengarkan perkataan tidak baik. Tangan sering menyentuh perempuan yang bukan mahram, mengambil barang yang bukan miliknya, mencuri, memukul, bahkan membunuh atau melakukan kejahatan lainnya.

Kaki pun sering melangkah ke tempat-tempat maksiat dan dosa-dosa lainnya. Dosa dan kesalahan akan berakibat keburukan dan kehinaan bagi pelakunya, baik di dunia maupun di akhirat, bila orang itu tidak segera bertaubat kepada Allah.

Setiap muslim dan muslimah pernah berbuat salah, baik dia sebagai orang awam maupun seorang ustaz, daie, pendidik atau pun ulama. Kerana itu, setiap orang tidak boleh lepas dari istighfar (minta ampun kepada Allah) dan selalu bertaubat kepadaNya, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Setiap hari Baginda SAW memohon ampun kepada Allah sebanyak seratus kali. Bahkan dalam suatu hadis disebutkan, bahawa Baginda SAW meminta ampun kepada Allah seratus kali dalam satu majlis.

Dari Ibnu Umar: "Kami pernah menghitung di satu majlis Rasulullah SAW bahawa seratus kali beliau mengucapkan, ‘Ya Rabb-ku, ampunilah aku dan aku bertaubat kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk bertaubat, dan perintah ini merupakan perintah wajib yang harus segera dilaksanakan sebelum ajal tiba.

Allah SWT berfirman: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung. (Surah An Nur, ayat 31).

Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang benar (ikhlas). (Surah at Tahrim, ayat 8).

No comments:

Post a Comment