Friday, 15 April 2022

BANYAKKAN MEMBERI SEBAGAI BEKAL DI AKHIRAT

 
Hidup adalah sebuah perjalanan. Tidak penting bagaimana keadaan kita bermula, tetapi yang penting ialah bagaimana keadaan kita akan berakhir.

Sepahit manapun kejadian yang dilalui, suatu hari nanti ia akan tetap menjadi kenangan. Dan seindah manapun kehidupan suatu perjalanan yang kita lalui, suatu hari nanti ia tetap akan kita tinggalkan.

Dunia ini hanya persinggahan untuk mengumpul bekal untuk kehidupan di akhirat. Ia umpama perlabuhan yang kita singgah sebentar untuk mengambil bekalan sebelum berlayar jauh di lautan luas.

Bekalan yang dibawa bukan berbentuk harta, tetapi pembalasan dosa dan pahala tentang apa yang kita lalukan di dunia ini.

Harta yang banyak tidak bernilai di akhirat, tetapi ia menjadi bekalan berguna jika di dunia ini kita gunakan untuk kebaikan, termasuklah bersedekah membantu golongan yang memerlukan.

Lihatlah di sekeliling kita, banyak jiran tetangga yang mengharapkan bantuan dan sokongan.

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memberi peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment