Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) meneruskan misi untuk bersama-sama asnaf sepanjang
masa dalam suasana dan program berbeza. Biar sedikit, tetapi ada.
Sempena
Ramadan, PCAK menganjurkan majlis berbuka puasa bersama asnaf yang terdiri
mualaf, anak yatim dan penarik beca yang berjumlah kira-kira 100 orang.
Mereka
yang hadir juga menerima sumbangan berupa makanan kering, manakala kanak-kanak
yang turut hadir menerima wang.
PCAK
mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang sentiasa membantu dari segi
kewangan dan barangan yang memungkinkan sesuatu program diadakan.
Keceriaan
asnaf menjadi harapan PCAK, lebih-lebih lagi ketika menjelang Aidilfitri ini.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian penyumbang untuk menjayakan program PCAK
agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment