Hidup
ini penuh cabaran. Apa yang kita lakukan atau inginkan tidak semuanya berjaya.
Juga tentu sahaja ada pihak yang tidak suka apa yang kita lakukan. Begitu juga
usaha dalam perniagaan. Banyak halangan dan orang tidak yakin dengan kemampuan
kita.
Ada
pula tu, biarpun kita melalukan perkara baik, tetap akan dituduh dengan
macam-macam perkara buruk yang kita tidak lakukan. Jika, kita benar-benar ada
melakukan perkara tidak baik, yang kecil akan dibesar-besarkan.
Dalam
mendepan cabaran dan halangan, jangan jadi seperti telur. Bila jatuh terus
pecah. Tetapi, jadilah seperti bola ping pong. Bila jatuh makin melantun.
Jika
dihina, ditolak oleh prospek. Jangan kita jadi macam telur. Ikutlah macam bola
ping pong, semakin kuat. Orang hina, orang tolak. Semakin kuat usaha kita.
Itulah cara orang yang ingin berjaya. Kita kena pantas dan yakin untuk membuktikan
anda betul dan hebat.
Jangan
ikut cara telur. Bila jatuh terus pecah. Peluang untuk melahirkan keuntungan
besar terus musnah dan terhenti setakat itu sahaja.
Masa
telur dizahirkan ke dunia ini, riuh sekampung ibunya berkokok. Namun, jiwanya
mudah rapuh dan mudah pecah.
No comments:
Post a Comment