Satu perkataan yang pastinya tidak banyak
orang mengetahui maksudnya. Dialek Kelantan yang jarang-jarang digunakan, dan
mungkin sudah lama tidak digunakan ialah ‘kelkah’.
Maksud perkataan kelkah ialah penyelak pintu
yang diperbuat daripada kayu. Satu kayu akan dilekatkan di kedua-dua daun
pintu. Pada kayu itu akan dibuat lubang di tengah-tengah atau di bahagian atas.
Untuk menyelak atau menghalang pintu dibuka
dari luar, maka satu batang kayu akan dimasukkan ke dalam kedua-dua lubang secara
melintang.
Jika jenis pintu yang hanya ada satu daun, satu
kayu akan diletakkan pada daun pintu dan satu lagi pada kerangka pintu sama ada
di bahagian atas atau di sisi.
No comments:
Post a Comment