Friday, 6 January 2023

AMALAN ZIARAH KUBUR TERAPI PERKUATKAN KEIMANAN

 
Menziarah kubar satu cara terapi iman. Banyak hikmah diperoleh melalui amalan itu untuk membentuk rasa takwa dan keimanan.
 
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ziarahilah perkuburan, kerana perbuatan demikian akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim).
 
Luqman Hakim pernah menggunakan kaedah menziarahi kubur untuk mendidik anaknya yang bersikap keras dan sukar menerima tunjuk ajar. Anaknya berubah dan menjadi seorang anak yang baik, patuh kepada perintah Allah SWT dan taat kepada ibu bapa selepas menziarahi kubur. 
 
Ada orang alim menjadikan liang lahad sebagai tempat untuk bersuluk atau bertafakur menghampirkan diri kepada Allah SWT. Liang lahad untuk bersuluk itu ada yang digali di tanah perkuburan, dan ada juga berada dekat dengan masjid atau rumah.   
 
Tinggal di liang lahad dirasakan seperti diri telah meninggal dunia. Terasa diri berdepan dengan malaikat Munkar dan Nakir. Orang alim merasakan amalan yang dilakukan masih belum mencukupi untuk mendapat kedudukan terbaik di sisi Allah SWT. 
 
Menziarahi kubur mengingatkan kita pada akhirat atau kematian. Sesungguhnya maut datang tanpa dapat diduga, tidak kira usia muda atau muda. Ia mengingatkan bahawa walaupun terasa amat sayangkan kehidupan dunia, akhir kehidupan tetap ke liang lahad.    

No comments:

Post a Comment