Friday, 28 April 2023

FAZILAH PENGARAH PERHUBUNGAN RAYA TENTERA DARAT

 
Kolonel Fazilah Mohd Ali kini Pengarah Perhubungan Raya Tentera Darat setelah menerima tugas daripada Leftenan Kolonel Suria Binti Sulaiman dalam satu majlis serah terima tugas bertempat di Bilik Mesyuarat Cawangan Perisikan, Markas Tentera Darat (MK TD).
 
Majlis disaksikan oleh Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi.  Turut hadir menyaksikan adalah Pengerusi Kor Perkhidmatan Am, Brigedier Jeneral Zamzuri bin Harun, Asisten Ketua Staf Perisikan MK TD, Brigedier Jeneral Faridhulathroth bin Haji Hashim dan Pegawai-Pegawai Kanan serta Staf Cawangan Perisikan MK TD.
 
Fazilah mula menceburi bidang ketenteraan 30 tahun lalu mempunyai pengalaman luas berkaitan tugas sebagai pegawai perhubungan.
 
Beliau pernah menjawat Pengarah Media Menteri Pertahanan di pejabat Menteri Pertahanan dan beberapa jawatan penting di Kor Perkhidmatan Am (KPA). Beliau juga pernah bertugas dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan tugas sebagai pengaman di Sudan.
 
Graduan dari UiTM itu menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ambilan Siri 11 Skim Graduan Tahun 1993. Sepanjang berkhidmat dalam ATM, Fazilah berpeluang mengikuti pelbagai kursus di dalam dan luar negara.
 
Kursus terakhir ialah di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang melayakkan beliau menyandang pangkat sekarang dan dianugerhkan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Gambar - Fazilah (kanan) terima tugas daripada Suria

No comments:

Post a Comment