Sunday 28 July 2024

AKTA TANAH (KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK) 1960

 
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 atau lebih dikenali Akta GSA bertujuan memastikan keseragaman undang-undang dan dasar bagi tujuan pelaksanaan kawasan penempatan berkelompok dan syarat-syarat untuk pemberimilikan dan penempatan tanah di kawasan tersebut serta perkara-perkara lain yang berkaitan.
 
Akta ini telah dipinda pada tahun 2002 dan berkuatkuasa pada 26 Disember 2002. Rentetan daripada pindaan yang telah dilakukan, pemilikan di kawasan luar bandar di bawah Akta Kawasan Penempatan Berkelompok boleh diberimilik dan dipegang bersama antara tidak lebih daripada dua orang pemilik.
 
Seksyen yang telah dipinda ialah Seksyen 7, Seksyen12, Seksyen14, Seksyen15. Sementara Seksyen16 telah dikeluarkan daripada Akta tersebut. Borang AA telah diperkenalkan sebagai satu borang baru yang perlu diisi dalam kes pemindahan bahagian milik persendirian kepada isteri, bekas isteri atau saudara pemilik.
 
Lazimnya pihak pentadbir Felda di tanah-tanah rancangan menggunakan Akta GSA, bagi menghalang peneroka melaksanakan sebarang aktiviti yang tidak dibenarkan agensi tersebut.
 
Ringkasan fakta berkaitan GSA:
 
- 1960: Tun Razak mencadangkan GSA untuk panduan kerajaan negeri membangunkan sosio-ekonomi rakyat melalui pembangunan tanah.
 
- Tanah akan dibahagikan kepada rakyat untuk membasmi kemiskinan dan membangunkan negara.
 
- Peserta/ peneroka dibenarkan membayar kos pembangunan tanah secara beransur-ansur tanpa menjejaskan hak mendapatkan geran hak milik.
 
- Felda dilantik sebagai agensi pengelola rancangan sehingga peneroka mendapat hak milik tanah (geran).
 
- Kerajaan negeri masih mempunyai hak terhadap tanah malah menurut GSA pelantikan pengurus Felda mesti mendapat izin daripada kerajaan negeri.
 
- Felda juga disyaratkan mesti mendapatkan kelulusan kerajaan negeri sebelum boleh menggubal sebarang dasar/polisi undang-undang kecil berkaitan penyeliaan ladang dan peneroka.
 
- Namun Felda telah menggubal banyak peraturan perjanjian yang menindas peneroka.
 
- GSA tidak membenarkan Felda memiliki tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri kerana Felda hanya dilantik sebagai pengurus dan pemberian tanah adalah untuk mewujudkan kawasan penempatan berkelompok yang didiami oleh peneroka atau secara pemilikan saham koperasi.
 
- Sebaliknya Felda telah mengambil tanah tersebut untuk diusahakan sendiri dengan menubuhkan Felda Plantation Sdn. Bhd. Tindakan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan ramai rakyat hilang hak sebagai peneroka.
 
- Di bawah Akta GSA, hanya pentadbir tanah yang berhak memutuskan sama ada peneroka boleh dikeluarkan dari tanah rancangan tertakluk kepada bukti nyata pelanggaran Akta GSA atau menduduki tanah rancangan secara haram, sehingga dia mendapat hak milik. Sekiranya peneroka telah mendapat hak milik, maka dia tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965 sama seperti tanah lain.
 
- Peneroka berhak mendapat geran atau hak milik tanah setelah menyelesaikan CAC. CAC ialah bayaran premium, upah ukur dan batu sempadan. Tindakan Felda melewat-lewatkan pemberian geran walaupun setelah peneroka melangsaikan hutang bayaran kembali adalah bertentangan dengan GSA. Malah GSA membenarkan pemberian hak milik kepada peneroka walaupun hutang Bayaran Kembali belum langsai.
 

No comments:

Post a Comment