Saturday, 13 July 2024

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

 
Kemenjadian murid membawa maksud perihal murid di dalam bidang akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah yang membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.
 
Kemerjadian murid juga didefiniskan sebagai indikator penerimaan ilmu yang dapat diukur melalui perubahan tingkah laku dan proses ini berteruskan sehingga ke akhir persekolahan.
 
Termalogi atau rangkai kata " kemenjadian murid" mula digunapakai oleh Datuk Abd Rahim Tahir, mantan Pengarah Pelajaran Terengganu yang juga mantan Ketua Jemaah Nazir Malaysia. Seringkali dalam ucapan serta pidatonya yang hebat serta kertas penulisan beliau, termalogi "kemenjadian murid" diulang sebut dengan penuh pengertian biarpun tidak kurang suara dan wajah sinis memandangnya.
 
Apabila beliau menjadi Ketua Jemaah Nazir "kemenjadian murid" diangkat menjadi salah satu fokus dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan digunapakai hingga kini secara formaliti.
 
Secara mudahnya "kemenjadian murid" itu adalah "outcome" atau rupa bentuk insan yang kita mahu hasilkan daripada  kerja buat kita mendidik sama ada ianya benar-benar terjadi dengan sempurna, kurang sempurna atau tidak menjadi langsung. Rupa bentuk insan yang kita mahukan itu telah digaris secara sempurna dan bertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
 
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
 
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
 
Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi penekanan terhadap KBAT dalam sistem persekolahan. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik.

No comments:

Post a Comment