Pada 05 September 1931, landasan kereta api
Pantai Timur yang menghubungkan Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan telah
dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV
bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Sir Cecil Clementi.
Perasmian ini adalah bersempena dengan
pembukaan landasan kereta api dari Gua Musang ke Kuala Gris di Kelantan.
Pembinaan landasan kereta api pantai Timur itu dijalankan secara berperingkat
dari dua hala, iaitu dari selatan ke utara dan sebaliknya.
Dari selatan ke utara pembinaannya bermula dari Gemas hingga ke kawasan sempadan Negeri Sembilan dan negeri Pahang yang disiapkan pada tahun 1910. Dalam tahun 1912 landasan ini siap dibina hingga ke Kuala Krau di Pahang.
Gambar - Landasan kereta api di Bertam Baru terletak antara Kuala Gris dengan Gua Musang.
No comments:
Post a Comment