Sunday 1 September 2024

NAIK TARAF GUA MUSANG MENJADI PERBANDARAN

 
Rentetan pembangunan pesat di Gua Musang, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menyasarkan ke arah penaiktarafan berstatus perbandaran pada tahun 2025 atau 2027. Syarat untuk mendapatkan status itu ialah kutipan hasil perlu melebihi RM20 juta setahun dengan jumlah penduduk 120,000 orang. 

MDGM kini mampu memungut hasil RM20 juta setahun. Jumlah penduduk pula  ialah 105,000 orang. Sasaranya ialah supaya penduduk bertambah kepada 120,000 orang. 

Usaha ke arah itu akan menjadi lebih mudah dengan kewujudan lebih banyak taman perumahan untuk mencapai tahap perbandaran. Hasil yang diperolehi sekarang antaranya cukai taksiran dan syarikat perladangan. 

Kerajaan Kelantan juga mempunyai ladang di Sungai Terah. Cukai taksiran juga diperoleh daripada kilang-kilang dan aktiviti perlombongan. Di Aril terdapat lima lesen lombong yang dilulus kerajaan. Selain itu, perluaskan kawasan operasi MDGM juga akan dilakukan sampai ke Chiku.

Tuntasnya, pembangunan bandar baharu itu bakal mentransformasi wajah Gua Musang daripada ladang menjadi bandar warisan. Tidak mustahil Gua Musang muncul sebagai bandar yang pesat membangun kedua selepas Kota Bharu. Tambahan lagi lokasinya yang strategik untuk ke Perak, Cameron Highlands, Terengganu dan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment