Kebaikan melancong dalam negara. Banyak rakyat Malaysia melancong di luar negara, khususnya di negara jiran setiap kali musim cuti panjang.
Mengapa begitu banyak rakyat Malaysia
melancong ke Thailand? Itu tidak masuk lagi ke Indonesia, Singapura dan
negara-negara lain.
Sebenarnya, lebih baik jika melancong di
dalam negara. Malaysia tidak kurang hebatnya mempunyai daya tarikan, kemudahan,
kecantikan dan keindahan alam semula jadi untuk menjadikan aktiviti melancong yang
berkualiti.
Melancong di dalam negara pastinya lebih selesa
dan murah. Ia dapat membantu mengaktifkan aktiviti pelancongan tempatan dan menjadi
pendapatan kepada mereka yang terlibat dalam sektor berkenaan.
Pelancongan tempatan yang berkembang dapat
membantu menjadi ekonomi negara lebih mampan. Ia juga dapat menjadikan kitaran
ekonomi di dalam negara lebih aktif dan mengelak kebocoran wang mengalir ke
luar negara.
Banyak rakyat bercakap mengenai masalah ekonomi,
tetapi tidak bersikap menyokong untuk pemulihan. Membawa keluar wang dengan
berbelanja di luar negara akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
Jadi, banyakkan melakukan aktiviti
melancong di dalam negara untuk membantu ekonomi negara dan memupuk perasaan
cinta negera yang lebih kukuh apabila lebih banyak tempat di negara sendiri
dikenali dan membentuk hubungan seluruh rakyat Malaysia.

No comments:
Post a Comment