Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK)
bermatlamatkan untuk membantu golongan asnaf dalam pelbagai kategori, termasuk
mereka yang berjuang di jalan Allah SWT seperti golongan pelajar.
Justeru, Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud berkunjung ke Maahad Tahfiz Tarbiah Al Muhajirin, Kg Keting, Gunong, Bachok, Kelantan.
Sumbangan tersebut berupa keperluan makanan untuk anak-anak tahfiz yang tinggal di asrama. Sumbangan itu adalah hasil sumbangan orang ramai.
Maahad tahfiz tersebut ditubuhkan pada 1987 sebagai tempat mendidik anak-anak untuk membangunkan agama dan bangsa.
Selain menawarkan kelas tahfiz, maahad tersebut turut menyediakan kelas akademik berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
PCAK menjadi penyambung atau orang tengah merealisasikan niat murni penyumbang untuk membantu asnaf. Sekarang ini semakin banyak penyumbang mengamanahkan kepada PCAK untuk menyerahkan sumbangan masing-masing kepada asnaf.
Melalui rangkaian sahabat PCAK, lebih banyak sumbangan diterima untuk diagihkan kepada asnaf. Terima kasih kepada yang menyumbang dan berkongsi rezeki dengan asnaf.
Dengan sumbangan yang diberikan, lebih banyak asnaf dapat dibantu dan mendapat manfaatnya.
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
Gambar - Fazliyaton (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil maahad
No comments:
Post a Comment