Pokok herba sarang semut (Myrmecodia
pendans), berasal dari Papua, dikatakan sangat mujarab untuk menyembuhkan
berbagai jenis penyakit.
Kebanyakan pokok sarang semut menumpang di
pokok tinggi. Pokok yang tumbuh tidak membesar tinggi, sebaliknya yang membesar
ialah bahagian bawah yang berbentuk ubi atau juga dikenali di sesetengah tempat
sebagai buah.
Dinamakan pokok sarang semut kerana di
bahagian dalam ubi tersebut banyak semut membuat sarang. Ia akan kelihatan
seperti sarang anai-anai di busut.
Ubi atau buah boleh digunakan dengan cara
merebus ketika masih segar atau baru diambil. Bagaimanapun, kebanyakan ubi dibelah
dan dihiris kecil dan kemudian dijemur sehingga kering agar dapat disimpan
lama.
Ubi pokok sarang yang teah dikeringkan akan
direbus dan diminum air yang seakan air teh. Boleh direbus atau dipanaskan
berkali-kali sehingga airnya tidak lagi menjadi seperti air teh atau putih
seperti air biasa.
Ada juga ubi sarang semut dikisar menjadi
halus dan kemudian dimasukkan ke dalam kapsul untuk memudahkan pengguna
memakannya mengikut jumlah bilangan kapsul yang ditetapkan.
Berikut adalah khasiat perubatan herba
sarang semut:
- Pelbagai jenis kanser dan tumor seperti
kanser otak, kanser hidung, kanser payudara, kanser liver, kanser paru–paru,
kanser usus, kanser rahim, kanser kulit, kanser leukimia, kanser prostat.
- Gangguan jantung.
- Stroke
- Menghilangkan lebam–lebam payudara.
- Tuberkulosis (batuk kering) thyroid dan
paru–paru.
- Ambeien/buasir yang baru atau lama.
- Migrain (sakit kepala sebelah).
- Melancarkan peredaran darah
- Memperbaiki dan meningkatkan tenaga.
- Meningkatkan kualiti hidup
- Mengawal kencing manis
- Mengatasi masalah haid tidak lancar
- Mengawal masalah darah tinggi
- Mengatasi masalah buang air besar.
- Memecahkan batu karang.
- Menghilangkan rasa sengal-sengal pada
tubuh dan sendi
- Memulihkan tenaga seksual
- Menambah air susu ibu.
No comments:
Post a Comment