Sunday 3 November 2024

KENALI POKOK BUAH ARA

 
Pokok ara banyak tumbuh di Malaysia. Menariknya, pokok ara banyak spesies yang tumbuh di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Disebabkan rupa pokok dan buah berbeza-beza, maka banyak orang keliru tentangnya.

Jadi, jangan “gaduh” apabila memperkatakan tentang pokok ara yang banyak spesies ini. Mari kita kenali beberapa jenis ara yang terdapat di Malaysia.

Ara lempung, ara sungai atau ara cedong
- Hidup di kawasan tepi sungai dan kawasan paya.
- Buah putik berwarna hijau dan masak berwarna merah.
- Perlu dibelah dahulu kerana d idalamnya menjadi sarang bebari.
- Buah masak baunya wangi.
- Sesuai digunakan untuk umpan memancing lampam, kelah, patin, kaloi, baung dan ikan sungai lain.

Ara para, ara kembing. ara sayur atau ara gulai
- Didapati di kawasan tanah pamah hutan muda.
- Orang dahulu tanam berhampiran rumah supaya memudahkan untuk mengambilnya.
- Buah yang putik berwarna hijau dan kuning kemerahan apabila masak.
- Buah masak boleh dimakan mentah dan buah putik boleh dibuat sayur atau gulai.

Ara nasi atau ara getah
- Tumbuh di kawasan tepi sungai, paya, hutan pamah dan kaki bukit.
- Buah putik warna hijau dan masak berwarna kuning.
- Buah putik sangat banyak getah berwarna putih.
- Buah masak boleh dimakan mentah dan buah putik boleh dibuat sayur atau gulai

Ara telinga gajah
- Jarang dijumpai tumbuh secara meliar.
- Ditanam di kawasan rumah dan secara komersial di sesetengah kawasan.
- Buah masak berwarna merah, boleh dimakan mentah dan rasanya manis dan wangi.
- Buah putik berwarna hijau, boleh dibuat sayur atau gulai.
- Saiz buahnya lebih besar.

Ara minyak atau ara pelanduk
- Tumbuh meliar di kawasan hutan pamah dan kaki bukit.
- Berbuah pada batang besar hingga dahan kecil.
- Kulit buah licin dan berkilat.
- Buah putik berwarna hijau dan masak berwarna oreng dan merah.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Boleh dibuat sayur atau gulai
- Buah yang masak menjadi kegemaran tupai, kijang, pelanduk dan haiwan lain

Ara gajah
- Tumbuh meliar di kawasan tanah pamah, bukit dan gunung.
- Berbuah pada dahan- dan ranting
- Kulit buah licin dan berkilat
- Buah putik berwarna hijau dan masak berwarna oreng dan merah.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Menjadi makanan kegemaran monyet dan burung

Ara jejawi
- Tumbuh meliar di kawasan hutan pamah dan kaki bukit.
- Berbuah pada dahan dan ranting
- Kulit buah licin dan berkilat
- Buah putik berwarna hijau dan masak berwarna oreng dan merah.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Menjadi makanan kegemaran burung seperti merbah dan punai
- Terdapat akar yang berjuntai pada bokok-pokok besar.

Ara beringin
- Tumbuh meliar dikawasan hutan pamah dan kaki bukit.
- Berbuah pada dahan dan ranting kecil.
- Kulit buah licin dan berkilat
- Buah putik berwarna hijau dan masak berwarna oreng dan merah.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Menjadi makanan kegemaran burung
- Terdapat akar yang berjuntai pada pokok-pokok besar.

Ara pipit atau ara perak
- Tumbuhan renek dan meliar dikawasan hutan pamah dan kaki bukit.
- Berbuah pada dahan dan ranting kecil.
- Kulit buah sedikit kasar
- Buah putik berwarna hijau dan masak berwarna kuning.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Menjadi makanan kegemaran burung seperti merbah dan punai.

Ara kelawar
- Tumbuhan renek dan meliar dikawasan hutan pamah dan kaki bukit.
- Berbuah pada hujung ranting.
- Kulit buah sedikit kasar
- Buah putik berwarna hijau dan masak berwarna kuning.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Menjadi makanan kegemaran kelawar, tupai dan lain-lain.

Ara burung
- Tumbuh meliar di kawasan hutan pamah dan kaki bukit.
- Biasa tumbuh pada dinding dan bumbung bangunan
- Berbuah pada dahan dan ranting
- Kulit buah licin dan berkilat
- Buah putik berwarna hijau dan masak berwarna oreng dan merah.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Menjadi makanan kegemaran burung seperti merbah dan punai
- Terdapat akar-akar yang berjuntai pada pokok-pokok besar.

Ara kecil
- Tumbuhan jenis renek, tumbuh meliar di kawasan hutan pamah dan kaki bukit.
- Berbuah lebat pada dahan dan ranting kecil.
- Kulit buah sedikit kasar
- Buah putik berwarna hijau dan putih. Apabila masak berwarna merah pudar.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Menjadi makanan kegemaran burung

Ara paya, ara lidah rimau atau ara akar
- Tumbuhan jenis renek, tumbuh meliar dikawasan hutan pamah dan kaki bukit.
- Buah dalam kedudukan tompok lebat pada dahan dan ranting kecil.
- Bauhnya juga keluar pada akar dan batang pokok.
- Kulit buah sedikit kasar dan berbulu
- Buah putik berwarna hijau pudar.
- Buah masak warna merah dan sedikit berkilat.
- Terdapat getah putih pada buah putik.
- Menjadi makanan kegemaran burung

Kredit info: Qairii Ibrahim Malaysia Survival Skill




No comments:

Post a Comment