Monday 6 July 2020

TAWAS PEWANGI KETIAK SEMULA JADI

Siapa kenal atau pernah mengguna batu tawas? Batu tawas merupakan sejenis garam berbentuk batu bening atau menyerupai kristal. Banyak kegunaan batu tawas. Baca rencana yang dipetik dari web bidadari.my

Membersihkan air takungan 
Adakalanya air yang keluar dari paip tidak sebersih yang kita sangka. Ia mungkin berkeladak, berwarna tidak jernih, atau kelihatan mempunyai bahan enapan yang menyakitkan mata. Sejak dulu lagi tawas digunakan untuk membersihkan air yang disimpan dalam takungan seperti kolah mandi, tempayan, dan baldi.

Caranya mudah saja. Masukkan seketul tawas ke dalam air takungan. Ia akan berfungsi untuk membersihkan air yang disimpan. Selepas semalaman anda akan melihat sendiri air mula menjadi jernih malah bahan enapan akan termendap ke bawah dan terasing daripada air yang hendak digunakan.

Orang zaman dulu memasukkan tawas ke dalam perigi atau telaga air untuk mengurangkan masalah kecacingan dalam air yang diambil. Malah tawas juga membuatkan air rasa sedap apabila diminum. Hebat kan?

Menghilangkan hitam dan lebam pada tubuh badan terutamanya di kawasan pelipat 
Anda mempunyai masalah hitam atau lebam di celah pelipat seperti celah ketiak, celah peha, tengkok, dan kawasan kemaluan? Tak perlu keluarkan duit beli krim atau losyen pemutih yang dijual di pasaran. Harganya boleh tahan mahal. Anda boleh gunakan tawas yang sememangnya terbukti berkesan untuk memutihkan semula kehitaman dan lebam pada tubuh badan.

Caranya ialah gunakan tawas semasa mandi. Basahkan tawas dan gosokkan kawasan yang berkenaan. Biarkan seketika sebelum dibilas. Kemudian mandi seperti biasa. Dengan penggunaan yang kerap anda akan mendapat kesan yang dihajatkan. Tapi nak kena rajinlah ye. Bukannya sekali buat terus putih.

Pewangi ketiak semula jadi
Tahukah anda bahawa serbuk tawas boleh digunakan sebagai pewangi ketiak semulajadi. Lepas ni anda tak perlu beli dedodoran lagi. Apa salahnya menggunakan deodorant?

Deodorant dikatakan mempunyai bahan kimia yang boleh mencetuskan keaktifan sel kanser dalam tubuh badan. Malah kajian ke atas sek kanser mendapati bahawa terdapat bahan deodorant dalam sel kanser payudara yang diuji. Takut kan?

Inilah masanya untuk beralih kepada tawas yang mampu mewangikan ketiak secara semulajadi tanpa bahan merbahaya yang boleh memudaratkan badan.

Caranya sapukan saja serbuk tawas ke celah ketiak. Ia akan membantu mengurangkan bau yang tidak diingini dan mengelakkan bau badan.

Menghilangkan bulu
Bulu ketiak, bulu kaki dan bulu di kawasan kemaluan boleh menjengkelkan. Penat juga nak dicukur dan diwax selalu. Apa kata anda cuba tawas pula.

Tawas dikatakan mampu mengurangkan pertumbuhan bulu pada tubuh badan. Caranya sangat mudah. Beli seketul Kristal tawas, gunakan semasa mandi. Basahkan batu tawas dan gosokkan ke kawasan yang berbulu. Lama-kelamaan bulu akan mula gugur dan lambat untuk tumbuh semula.

Racun serangga organik
Kalau anda mempunyai tanaman sama ada sayu-sayuran atau pokok bunga, pastinya anda mengalami masalah serangan serangga.

Ada banyak racun serangga yang dijual di pasaran namun harganya tidak murah. Malah racun serangga komersial yangdijual di pasaran mengandungi bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan.

Nak-nak lagi sayur-sayuran yang kita tanam untuk makan sendiri. Sebolehnya kita nakkan racun serangga dan baja organic. Hari ini kami nak kongsikan resepi racun serangga organic yang diperbuat daripada tawas yang boleh anda cuba.

Caranya, ambil satu sudu serbuk tawas dan campurkan dengan air yang akan digunakan untuk menyiram tanaman.

Siram tanaman anda dan pastikan kena ke seluruh pokok termasuk daun dan bahagian batangnya. Siram seminggu sekali. Insya Allah tiada lagi serangga yang akan mengganggu tanaman anda.

Malah kalau ada telur pada pokok, ianya juga akan mati bila disiram dengan air tawas tadi. Sila cuba ya!

Krim pencukur dan after shave
Untuk orang lelaki tawas juga sangat berguna untuk anda. Ianya boleh digunakan sebagai krim pencukur dan juga after shave.

Tawas kaya dengan astringent yang membantu melindungi kulit muka anda daripada mengalami luka semasa bercukur. Ia juga mengurangkan kerengsaan pada kulit.

Caranya ambil seketul tawas, basahkan dan sapukan ke wajah sebelum bercukur. Selesai bercukur ulang langkah yang sama semasa membersihkan wajah. Siap! Tak perlu lagi anda beli krim pencukur atau after shave. Jimat sangat.

Memutihkan gigi
Biasanya kita dengar orang gunakan soda bikarbonat untuk memutihkan gigi namun sebenarnya tawas juga berfungsi untuk memutihkan gigi. Bolehlah anda cuba. Caranya gunakan tawas sebagai pengganti ubat gigi. Gunakan setiap hari.

Ubat buasir
Akhir sekali, tawas juga boleh digunakan sebagai salah satu rawatan tradisional untuk merawat buasir. Caranya sapukan serbuk tawas pada buasir dan biarkan di situ. Tawas akan membantu mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan yang berlaku.

Namun begitu anda dinasihatkan untuk terus mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Jangan bergantung 100% kepada tawas untuk penyembuhan.


CARA PENGGUNAAN TAWAS:
 
Cara pertama (guna tawas bentuk batu):
- Basahkan ketiak atau bahagian yang ingin 'dirawat'.
- Sapu atau sentuhkan batu tawas di bahagian berkenaan.
- Biarkan kering dengan sendiri tanpa dilap.  

Cara kedua (guna tawas bentuk serbuk):
- Ambil sedikit serbuk tawas
- Kemudian dicampurkan dengan air.
- Gunakan air campuran itu untuk disapu di bahagian berkenaan.
- Boleh juga menggunakan penyembur air atau bekas spray.
- Biarkan kering dengan sendiri tanpa dilap. 
 
Cara ketiga (guna tawas bentuk serbuk - cara guna seperti bedak)
- Ambil sedikit tawas dan terus dilumur atau disapu pada bahagian berkenaan.

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik palutan di bawah. 

Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.


Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 


Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 


Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.

No comments:

Post a Comment