Saturday, 8 March 2025

KOS PROJEK KERAJAAN MENINGKAT TERLAMPAU TINGGI

 
Kos projek kerajaan memang meningkat setahun ke setahun. Itu kesan kesan inflasi dan pelbagai faktor lain yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, jika kenaikan itu terlalu tinggi, ada perkara yang tidak kena atau perlu kepada penelitian mengkaji mengapa kenaikan yang tinggi itu.
 
Dalam FB Lim Sian See ada menyenaraikan “inflasi” yang tinggi beberapa projek kerajaan.
1. Kos sebenar dalam pasaran untuk tiga papan pintar dan tiga Smart TV bagi 16 sekolah tiba-tiba naik hampir 80 peratus dari RM884,784 ke RM1,584,000.
2. Kos projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) naik 242 peratus dari RM2.87 bilion (anggaran BN tahun 2009) ke RM9.8 bilion sekarang biarpun kesan inflasi terkumpul dari tahun 2009 ke 2024 ialah 34%.
3. Kos projek LRT Pulau Pinang pula naik dari RM4.5 bilion (tahun 2016 ke RM10 bilion (tahun 2023) ke RM17.3 bilion sekarang , kenaikan 284.4 peratus dari tahun 2015 dan kenaikan 73 peratus dari tahun 2023.
4. Kos pembinaan projek Jalan Berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang naik 535.8 peratus dari RM377.5 juta pada tahun 2017 ke RM2.43 bilion tahun ini.
5. Kos bagi menyewa 28 buah helikopter untuk tempoh 15 tahun pula naik 86.5 peratus dari RM8.9 bilion (berdasarkan pembelian 12 buah Eurcopter yang lebih besar, lebih laju dan lebih berkebolehan masa BN) ke RM16.6 bilion sekarang.
 
Entah lah.

Sumber berita – FB Lim Sian See
Sumber gambar – FB Lim Sian See

No comments:

Post a Comment