Sunday 17 March 2024

MASJID IMANUL FAIZIN KAMPUNG PADANG KALA

 
Masjid Imanul Faizin atau dikenali sebagai Masjid Andalusia di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Puteh mendapat perhatian ramai kerana keunikan seni bina dan kecantikan yang memukau setiap yang melihatnya.
 
Masjid ini mula dibina pada 2020, inspirasi daripada Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
 
Pembiaya masjid, Ibrahim Mat Sin, 68, memang amat menitikberatkan reka bentuk setiap binaan kubah, tiang mahupun pintu gerbang masjid agar secara luaran ia menyamai Masjid Sheikh Zayed.
 
Ibrahim yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. memperuntukan RM7.5 juta untuk membina Masjid Imanul Faizin yang dibuka pada hari pertama Ramadan 1445 (2024 Masihi) bagi mengambil keberkatan bulan suci itu.
 
Selain pintu gerbang, kehadiran lebih 100 kubah besar dan kecil berwarna putih yang sebahagiannya ditempah khas dan dibeli dari Medan, Indonesia, turut mencuri perhatian pengunjung masjid.
 
Terdapat lima kubah besar dan lebih 100 kubah kecil yang sebahagianya turut dihasilkan oleh tukang ukir dan pembuat bot fiber dari Besut, Terengganu, manakala ukiran seperti batu nisan pada bahagian bumbung sekelilling masjid ditempah daripada pengukir seni kayu tersohor dari Besut.
 
Marmar pada lantai dan dinding masjid pula dibeli dari Turkiye, Mesir dan Oman, manakala karpet seperti corak karpet Raudhah di Masjid Nabawi pula ditempat daripada kilang di Madinah.





No comments:

Post a Comment