Wednesday, 16 April 2025

KERETA API MENJADI SASARAN SERANGAN KOMUNIS

 
Landasan kereta api merentas dari utara sehingga selatan, dan turut melalui pentai timur. Perkhidmatan kereta api menjadi pengangkutan utama menghubungan bandar, pekan dan kampung, terpaksa melalui kawasan hutan tebal untuk ke satu-satu destinasi. 

Pada zaman darurat (1948-1960), perkhidmatan kereta api sering menjadi sasaran serangan atau gangguan yang dilakukan oleh komunis.
 
Serangan itu dilakukan untuk menimbulkan keadaan huru-hara dan rasa tidak yakin rakyat kepada kerajaan yang dianggap tidak mampu menjaga keselamatan mereka.
 
Banyak kerosakan dan kerugian ditanggung oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) sepanjang tempoh darurat. Antara bentuk sabotaj yang dilakukan oleh komunis terhadap perkhidmatan kereta api ialah tambak ke arah gerabak, memusnahkan stesen, merosakkan alat telekomunikasi atau semboyan, merosakkan landasan, merosakan lokomotif dan gerabak dan macam-macam kacar gangu dilakukan.
 
Biarpun berdepan ancaman dan kacar gangu oleh komunis, perkhidmatan kereta api tetapi diteruskan kerana ia satu bentuk pengangkutan penting pada ketika itu. Ia bukan sahaja memudahkan rakyat bergerak ke satu-satu destinasi, tetapi juga untuk mengangkut barang khususnya hasil bumi seperti biji timah, biji besi dan kayu balak untuk dieksport.

No comments:

Post a Comment