Thursday, 10 April 2025

MASAK SEDIKIT DEMI MENJAGA KUALITI PATIN TEMPOYAK

Masak sedikit-sedikit adalah kaedah dilakukan seorang pengusaha restoran menyediakan masakan ikan patin tempoyak, di Bendang Morak, Wakaf Bharu, Kelantan. Pengusaha itu yang dikenali Uncle Dak menjelaskan dia tidak akan dimasak banyak-banyak sekaligus. sebaliknya, masak dalam kuantiti sederhana sahaja setiap kali memasak.
 
Jelasnya, agak-agak hendak habis periuk pertama, baru masak lagi periuk seterusnya. Biarpun cara itu menyebabkan banyak kali memasak, ia adalah cara terbaik untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. 

Kaedah itu bagi menjamin kesegaran dan keutuhan isi ikan supaya konsisten. Dengan kaedah itu, ketulan potongan daging ikan tidak pecah kerana terlalu lama berada di dalam periuk.
 
Beliau menjelaskan, kualiti ikan patin dibeli dari Jerantut yang digunakan di restorannya boleh lama berendam dalam kuah kerana tektur isinya yang lebih pejal kurang lemak. Kebarangkalian untuk isi lerai itu rendah. Masih kekal tekstur isinya. Sebab itulah lebih sedap dimakan.

No comments:

Post a Comment