Tuesday 27 December 2016

Khasiat minyak argan

Minyak argan dihasilkan dari buah Argania Spinosa (pokok argan). Minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan.  

Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar "liquid gold" di kalangan wanita Eropah kerana khasiat menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.

Minyak argan bermanfaat untuk rawatan masalah rambut gugur, pertumbuhan dan penjagaan rambut kerana khasiatnya mampu memberi nafas baru kepada rambut kering, beruban, kusut, bercabang, rapuh dan sebagainya. 

Minyak ini mempunyai ciri yang sama dengan minyak Jojoba tetapi khasiat dan keberkesanan minyak argan lebih luar biasa.

Hasil kajian oleh pakar kecantikan dan kesihatan dunia, minyak argan diperakui sebagai agen anti-penuaan semulajadi terbaik. 

Sedar akan khasiat minyak argan yang makin popular dalam bidang kecantikan ramai pengeluar kosmetik berlumba-lumba menawarkan produk minyak argan yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan, namun ada produk yang ditawarkan sudah ditambah dengan bahan kimia dan tidak memberi hasil yang diharapkan. Hanya minyak argan asli yang mampu memberi hasil yang menakjubkan.

Minyak argan asli (100% tulen) tidak dicampur sebarang bahan lain mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Minyak argan adalah minyak yang jarang diperoleh kerana pokok argan hanya tumbuh di kawasan bercuaca seperti di negara Moroco, maka tidak hairanlah ia juga dikenali sebagai Moroccan Oil.

Minyak argan baik untuk diet harian
Ia disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke dalam minyak argan serta madu. Hidangan tradisional Maghribi, Amlou Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar. Ia terdiri daripada minyak argan yang dicampur madu dan badam, memberikan tenaga serta kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak.

Dalam masakan di rumah serta di restoran, minyak argan ditambah pada makanan yang dikukus, digoreng atau dipanggang. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa serta menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.

Minyak argan untuk kesihatan dalaman dan luaran
Minyak argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan harian. Untuk rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada kulit bayi untuk melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan 'chafing'. Rawatan minyak badan merupakan rawatan perubatan Ayurvedic India Kuno yang dapat memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan seseorang.

Minyak argan aan anti oksidan
Kandungan Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.

Manfaat minyak argan kepada kulit
- Anti-penuaan yang amat berkesan.
- Menyelesaikan masalah kulit berjerawat.
- Menghilangkan masalah parut.
- Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang.-
- Mengurangkan kedutan dibawah mata.
- Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit. Ia menyegar dan melembut kulit lebih mudah daripada penggunaan krim atau minyak yang lain.
- Kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar.
- Mampu mengurangkan kegatalan kulit dan cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit.
- Sesuai untuk semua jenis kulit.
- Mampu mencegah stretchmark pada kulit akibat proses kehamilan.

Manfaat minyak argan kepada rambut
- Menghidrat rambut dengan cara semulajadi.
- Mampu menstabilkan kelembapan pada rambut.
- Melembutkan rambut yang kasar dengan cepat.
- Mampu menembusi hingga ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut. 
- Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.
- Anti oksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel rosak pada rambut.
- Kehadiran Vitamin E menjadi agen terbaik rawatan rambut akibat kerosakan agen perosak.
- Mengekalkan kelembapan rambut serta mengembalikan kilauan dan sinar rambut.
- Merawat akar rambut yang rapuh dan meransang pertumbuhan rambut yang terurus. 
- Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega3 dan Omega9 yang mengukuhkan struktur akar rambut serta ikatan protein dalam rambut. 
- Menguatkan struktur rambut dari akar hingga ke hujung rambut.

Manfaat minyak argan kepada kuku
- Menguatkan kuku yang lemah dan mudah pecah. Menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin.
- Kuku menjadi segar dan bersinar.
- Meransang pertumbuhan kuku cantik berseri

Manfaat minyak argan kepada sendi
- Amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cacar air dan psoriasis. Tompok-tompok merah muncul pada kulit dalam penyakit-penyakit ini.
- Dalam keadaan arthritis dan reumatik di mana sendi dan tisu badan yang rosak, minyak argan mampu melega dan mengurangkan kesakitan.

Cara menggunakan minyak argan

- Guna minyak argan pada kulit - Cuci permukaan kulit sehingga bersih. Titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah. Urut perlahan-lahan sehingga minyak argan meresap kedalam kulit.

- Guna minyak argan pada rambut - Boleh disapu pada rambut sebagai minyak rambut pada bila-bila masa. Untuk rawatan rambut, titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada permukaan kulit kepala serta rambut dengan cara mengurut. Gunakan sikit-sikit dan berulang kali. Boleh dibiarkan semalaman dan cuci rambut seperti biasa pada esoknya.

- Guna minyak argan pada kuku - Sapukan minyak argan pada kuku dan urut perlahan-lahan sampai ia meresap. Boleh diulangi setiap hari.

No comments:

Post a Comment