Sunday 18 December 2016

Khsiat bunga mawar

Bunga mawar atau bunga ros memang terkenal berbau harum dan warna serta bentuk yang cantik.  Aroma bau bunga yang menyegarkan menjadikan ia pilihan untuk digunakan pelbagai tujuan, termasuk ketika mandi. Ia telah digunakan sejak zaman Yunani dan Rom kuno beribu-ribu tahun lalu.

Bunga mawar juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Untuk tujuan kecantikan, bunga mawar diguna merawat wajah, kulit dan rambut.  

Menghilangkan jerawat
Air bunga mawar merupakan bahan pembersih semulajadi yang kaya antioksidan dan mampu membunuh bakteria penyebab jerawat. Cuci wajah anda dengan air hangat yang sudah dicampur dengan air mawar.

Perawatan kulit
Jaga keseimbangan pH alami kulit dengan air mawar. Air mawar dapat menyeimbangan pengeluaran sebum pada kulit. Hal ini dapat digunakan baik untuk kulit berminyak maupun kulit kering. Air mawar juga mampu melawan berbagai penyakit kulit.

Kesihatan rambut
Air mawar baik untuk kesihatan rambut kerana dilengkapi dengan penyejuk semulajadi yang dapat melembapkan.  Tuangkan beberapa titis air mawar ketika membersihkan rambut bersama sampo.  Juga sesuai diguna selepas mandi ketika rambut masih basah untuk membantu pertumbuhan rambut dan melembatkan kulit kepala. 

Kesihatan mata
Mata lelah dan lingkaran gelap di bawah mata boleh diatasi dengan air mawar. Air mawar juga dapat digunakan untuk mengatasi mata merah dan meradang. Titiskan 2-3 titis pada mata, lalu pejam selama beberapa minit untuk membersihkan mata. Lakukan secara rutin untuk menghindari infeksi mata.

Mengatasi bengkak pada kaki
Caranya dengan mengambil 2-3 bunga mawar lalu ditambah 30gram daun sembung setelah itu cuci bersih. Kemudian rebus dengan air 600ml lalu minum airnya selama 2 kali sehari.

Biji mawar juga kaya dengan khasiat untuk kesihatan.  Antara kegunaannya ialah:
- Menguatkan daya ingatan.
- Anti stress.
- Merawat ulser perut.
- Sebagai antiseptik merawat luka dan ruam.
- Merawat jangkitan pada mata.
- Meredakan sakit tekak.
- Merawat infeksi pundi kencing.
- Awet muda.
- Menjaga kesihatan usus.
- Mengatasi sakit sendi.
- Melancarkan kitaran haid.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengurang kolestrol dalam darah.
- Membantu untuk meningkatkan libido.

No comments:

Post a Comment