Wednesday 20 November 2019

KELEDEK GORENG DIPANGGIL KAKI AYAM

Ubi keledek atau dalam dialek Kelantan dipanggil ubi setelo boleh dibuat pelbagai kuih, selain dimakan rebus. Salah satu kuih boleh dihasilkan daripada ubi keledek ialah kaki ayam.

Kaki ayam adalah kuih yang terkenal di Kelantan. Bagaimana bentuk dan cara buat kaki ayam?

Kaki ayam adalah nama lain bagi keledek goreng. Namun keledek goreng yang dinamakan kaki ayam hanya khusus kepada keledek yang dipotong membujur panjang seperti ketang goreng.

Ubi setelo dipotong membujur panjang seperti ketang goreng, namun ukuran lebih besar.

Ubi keledek yang telah dipotong akan direndam seketika di dalam air yang dicampur dengan garam (tidak kisah jika tidak dilakukan). Setelah ditoskan, ubi keledek itu diceluk tepung yang turut dicampurkan serbuk kunyit sebelum digoreng.

Mengapa dipanggil kaki ayam? Nama itu timbul disebabkan rupa atau warna keledek goreng seakan-akan dengan kaki ayam yang digoreng.

No comments:

Post a Comment