Monday 27 June 2022

GAMBARAN WAJAH SUKAR DITAFSIR

 
Wajah adalah air muka, muka paras dan roman muka. Ia juga bermaksud rupa atau keadaan sebagaimana yang dapat dilihat. Dengan kata lain, apa yang dilihat di wajah, tidak semestinya menggambarkan apa yang dirasai di hati. Ada orang tersenyum dalam berduka. Senyuman di wajahnya hanya pura-pura.

Lebih sukar untuk menilai perkara sebenar jika dilihat pada wajah yang ‘keliru’ untuk dinilai. Lihat sahaja pada gambar ini. Adakah dia teruja dapat memancing ikan tersebut, atau dalam keadaan takut untuk memegang ikan keli yang ada sengat itu?

No comments:

Post a Comment