Saturday 12 October 2024

TAMAN REKREASI CAHAYA IBADAH GUNUNG RENG

 
Taman Rekreasi Cahaya Ibadah dibangunkan oleh Majlis Daerah Jeli di kawasan berhampiran kaki Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli. Taman rekreasi ini mengangkat tema sejarah Gunung Reng dan keindahan alam semula jadi. 

Gunung Reng terletak di Kampung Gunong, Batu Melintan ada bukit batu kapur tunggal. Ia berada berhampiran dengan Sungai Pergau yang mengalir dari Empangan Pergau menambah lagi keindahan kawasan sekitar.
 
Taman Rekreasi Cahaya Ibadah terdapat pintu gerbang lengkap dengan laluan pejalan kaki, dataran mini dan beberapa replika arca sejarah serta landskap berbentuk batuan. Antara replika yang terdapat ialah selendang Puteri Saadong, keris pusaka Puteri Saadong dan rantai jala emas Tok Tadoh.
 
Kawasan taman tersebut menjadi menjadi mercu tanda kepada yang bukan sahaja dikunjungi penduduk setempat, tetapi turut menjadi persinggahan kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat, sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.
 
Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktviti selain beristirahat mandi manda di sungai, dan meneroka ke dalam gua.
 
Malah, ada pakej disediakan untuk memudahkan pengunjung menikmati keindahan Gunung Reng antaranya mengelilingi gunung itu dengan melalui 29 gua kecil, mendaki sehingga puncak berketinggian lebih 200 meter dan menerokai isi perut gua yang menawarkan pelbagai panorama menarik daripada bentuk-bentuk batu yang unik dan mempunyai hikayat tersendiri.






No comments:

Post a Comment