Buah kuning telur (Pouteria campechiana) juga dikenali buah sawo
mentega, buah susu atau buah mangga susu. Pokok ini berasal dari
kawasan Amerika Tengah.
Pokok kuning telur mampu mencapai tinggi hingga 30 meter.
Namun, namun kebanyakan pokok spesies hanya mencapai 20 meter.
Buahnya berbentuk gelendong bulat telur sampai membulat
dengan hujung berparuh seberat 400 gram. Buah ini berkulit tipis dan licin di
mana ia menguning apabila masak berwarna terang seakan kuning telur.
Buah ini biasanya dimakan segar begitu sahaja setelah masak.
Isi buah berwarna kuning dan agak berlemak.
Isi buah masak ranum dalam keadaan tekstur gebu dan lembut,
seakan-akan ubi keledek bakar. Rasanya sedap dan memikat.
Bijinya agak besar, berwarna coklat mengilat, bentuk bulat
telur, panjangnya hingga 5 cm, 1–5 butir dalam setiap buah.
No comments:
Post a Comment