Monday, 21 November 2022

DIPECAT PARTI TIDAK JEJASKAN KEAHLIAN DEWAN RAKYAT

 
Perkara 49, Perlembagaan Persekutuan, memberi sokongan menjadi Perdana Menteri tidak menyebabkan gugur keahlian Dewan Rakyat. Tak memberi kesan kepada kerusi dalam Parlimen.

Dalam Perlembagaan juga tidak menyebut parti yang paling banyak kerusi perlu diberi peluang untuk mempersembahkan kepada YDPA. Yang paling penting, parti yang menang perlu dapatkan sokongan dan gabungan daripada parti lain. Jika dia gagal, maka parti yang kedua berpeluang mempersembahkan kepada YDPA gabungan yang mencukupi majoriti mudah.

Jika ahli parti dipecat keahlinya tidak memberi kesan kerusi akan kosong. Berbeza jika lompat parti yang menyebabkan terlucut keahlian Dewan Rakyat.

Seseorang ahli Dewan Rakyat tidak gugur keahlian Dewan itu jika:

a) Parti A bergabung dengan Parti B untuk menjadi Parti C. Contohnya konon, Umno bergabung dengan Pas membentuk Parti Muafakat Nasional. Anggota Umno dan Pas itu tidak gugur keahlian.

b) Parti A dibubar atau parti A dibatalkan pendaftaran. Kemudian anggota Parti A itu masuk Parti B maka anggota Parti A tidak gugur keahlian Dewan. Contohnya, ahli Parlimen parti DAP, kemudian DAP dibatalkan pendaftaran oleh ROS, kemudian ahli DAP masuk parti Amanah maka keahlian dewan tidak gugur.

c) Anggota Parti A dipecat daripada parti itu, sama ada atau tidak dia menyertai parti politik lain atau membentuk suatu parti politik baharu, tidak gugur keahlian Dewan. Contohnya, ahli parlimen Shah Alam dipecat daripada Amanah maka tidak gugur keahlian Dewan. Tetapi jika Ahli Parlimen Kuala Nerus isytihar keluar parti maka akan gugur keahlian Dewan.

No comments:

Post a Comment