Monday 22 January 2018

KESALAHAN BUAT KENYATAAN PALSU

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerap menerima panggilan kecemasan kebakaran palsu yng dilakukan remaja nakal.

Namun, tindakan seorang ibu berusia 55 tahun dari Felda Jengka, Maran, sanggup membuat laporan palsu mengatakan anak perempuannya lemas di sungai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Laporan itu membawa kepada gerakan mencari dan menyelamatkan (SAR) diaktifkan selama dua hari.

Bagaimanapun, SAR itu dihentikan selepas wanita berkenaan dan ‘mangsa’ tampil dengan memaklumkan bahawa perbuatan itu sengaja dirancang.

Laporan mengatakan wanita berusia 38 tahun itu lemas selepas terjatuh ketika memancing di sungai berkenaan adalah palsu.

Wanita itu tinggal bersama ibunya sejak dua bulan lalu berada dalam keadaan tertekan apabila terpaksa berpisah dengan empat anaknya.

Ketika kejadian dia memang berniat untuk terjun ke dalam sungai itu tetapi dinasihatkan ibunya dan merancang seolah-olah kes lemas.

Kedua-duanya diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana membuat pernyataan palsu.

No comments:

Post a Comment