Wednesday 1 September 2021

KAIN SARUNG PELEKAT IDENTITI LELAKI MELAYU

Kain pelekat (biasanya dieja pelikat) identiti lelaki Melayu. Ia dipakai kebanyakan lelaki Melayu ketika menunaikan sembahyang dan juga ketika santai dan melalukan aktiviti lain. 


Ia dipakai labuh sehingga paras buku lali dengan bahagian atas berada pada bahagian atas pusat. 

Kain pelekat dipercayai diperkenalkan ke Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang dari Palaiyakat (kawasan di timur laut Tamil Nadu, India). 
 
Antara barang dagangan mereka yang mendapat permintaan ialah kain berwarna putih. Kain itu dipanggil kain pelekat sebagai mengambil nama asal pedagang yang menjualnya. 

Terdapat beberapa jenama kain pelekat terkenal di pasaran yang mendapat sambutan. 

Setiap jenama mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan masing-masing. 

Kami ada menjual pelekat secara dalam talian. Mudah, cepat dan murah. 
 
PELEKAT MANGGA NUR AJUNG

No comments:

Post a Comment