Monday 28 August 2023

KESAN MASALAH ANGIN DALAM BADAN

 
Bunyinya mudah. Hanya masalah angin dalam badan. Namun perkara itu boleh menyebabkan serba tidak kena jika mengalaminya. Kehidupan seharian tidak teratur jika masalah angin tidak diatasi. Lihat maklumat di gambar.
 
Mungkin ada yang akan mencadangkan untuk cuba mengeluarkan angin dalam perut itu dengan sendawa atau kentut namun ia tidak semudah disangka.
 
Sebenarnya, terdapat beberapa tip yang boleh anda cuba sebagai cara buang angin dalam perut.
 
Gejala perut kembung angkara angin adalah antara keadaan kesihatan yang biasa dialami oleh individu ekoran terlalu banyak angin di dalam perut.
 
Ia akan menyebabkan kekembungan, kesakitan atau ketidakselesaan gara-gara angin yang terperangkap di dalam perut dan tidak mampu untuk keluar.
 
Secara alami, angin akan keluar melalui usus (kentut) dan kerongkong (sendawa). Pun begitu, kadangkala proses tersebut boleh terganggu atau terjejas.
 
Antara punca yang menyebabkan angin terperangkap di dalam perut adalah seperti berikut:
 
- Diet. Makanan dan minuman yang terlalu banyak gula, garam, gas dan kurang serat boleh jadi punca perut kembung.
 
- Hormon. Bagi kaum wanita, hormon ketika sedang dalam proses datang haid juga boleh jadi punca perut kembung.
 
- Sistem penghadaman. Keadaan sembelit, intoleransi dan alahan makanan akan menyebabkan najis tersekat di usus besar lalu membawa masalah perut kembung.
 
Ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah angin dalam perut.
 
- Cuba bergerak atau berjalan lebih banyak. Aktiviti fizikal boleh membantu melancarkan pergerakan dalam sistem penghadaman anda lantas memudahkan pengeluaran najis serta angin dalam perut.
 
Ia sangat bagus dibuat lebih-lebih lagi buat anda yang mengalami masalah sembelit untuk membantu anda melegakan simptom-simptom akibat perut kembung.
 
- Sapu minyak angin atau pati pada perut. Kajian pada tahun 2016 menunjukkan bahawa gabungan sapuan ekstrak fennel dan curcumin pada perut kembung adalah berkesan untuk melegakan gejala-gejalanya.

- Mandi dengan air suam atau panas. Haba yang anda boleh dapat daripada mandi air suam atau panas dipercayai mampu melegakan rasa tidak selesa pada perut dan abdomen angkara angin.
 
Selain itu, mandian sebegini juga sangat bagus untuk membuat tubuh badan lebih relaks dan kurang stres, lantas membuat sistem penghadaman lebih baik.

No comments:

Post a Comment