Masalah disiplin pelajar kini mencapai tahap
serius. Tahap perlakuan kini termasuk dalam jenayah, termasuk jenayah berat.
Justeru, Kementerian Pelajaran perlu mengambil
langkah proaktif, konfrehensif dan tepat untuk mengatasi masalah tersebut agar
tidak berterusan mencemarkan imej pendidikan negara.
Jatuhnya sesuatu bangsa
bermula rosaknya moral golongan pelajar dan remaja. Pelajar bakal menjadi
pemimpin masa depan. Mereka adalah aset negara yang menjadi modal insan
membangunkan negara.
Jika mereka bermasalah,
maka keadaan negara pada masa depan juga menghadapi masalah. Permulaan
membangun negara ialah melalui tertegapnya sahsiah pelajar.
Jika dulu, masalah
disiplin belajar berlegar masalah perbuatan nakal, ponteng sekolah, lepak dan
merokok, tetapi kini telah mencapai tahap membimbangkan.
Ada pelajar terlibat dalam
kes pembunuhan, pengedaran dadah, curi, merogol, kongsi gelap dan sebagainya.
Masalah ini berlarutan walaupun sudah memasuki institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) mahupun institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
Kita sering digemparkan dengan berita mahasiswa terlibat dalam kancah seks,
jadi pelacur sambilan untuk berseronok, teribat dalam demostrasi, pengedaran
dadah dan sebagainya.
Perlakuan itu tidak
sepatutnya berlaku kerana mereka tergolong dalam kelompok bijak dan mempunyai
masa depan yang cerah.
Namun, disebabkan
kelemahan dan kecacatan sejak peringkat sekolah lagi, perkara ini berterusan
hinggga ke pusat pengajian tinggi.
Tentu sekali perbuatan ini
juga berlanjutan hingga di alam kerjaya dan kehidupan seharian apabila dewasa.
Fenomina inilah yang amat merungsingkan semua pihak.
Pihak Kementerian
Pelajaran telah lama mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Namun, jalan
penyelesaian masih tidak tercapai, malah semakin terus dan kronik.
Antara yang telah lama
dibincangkan dan dicadangkan ialah agar Kementerian Pelajaran memberi lebih
kuasa kepada sekolah untuk mengawal disiplin pelajar.
Guru dan pihak sekolah
yang menjadi arkitek pelajar seakan-akan sekadar diberi kuasa untuk mengajar
dan bukan kepada hal-hal lain terhadap pelajar.
Perkembangan tidak sihat
ini bukan saja tanggungjawab Kementerian Pelajaran semata-mata, sebaliknya semua
pihak perlu mengambil peranan untuk mengawal disiplin pelajar, terutama ibu
bapa dan keluarga.
Budaya buli sama ada buli
melalui siber atau buli fizikal tidak boleh dipandang ringan kerana ia
merosakkan pelajar.
Pelajar nakal merupakan
perkara biasa tetapi apabila berlaku kejadian buli atau pergaduhan berkumpulan
dan satu kumpulan memukul seorang pelajar ia merupakan kes serius. Kes buli
telah mengakibatkan kecederaan serius dan kematian. Pelajar senior bertindak
ala-ganster terhadap pelajar baru.
Masalah disiplin
dicetuskan oleh banyak pelajar yang banyak menghabiskan masa melayari Internet,
mengakses bahan tidak bertapis seperti lucah dan main permainan video. Pengaruh
filem dan drama yang disiarkan di televisyen turut mempengaruhi sikap pelajar.
Perkembangan ini mulai menjadi budaya dan akhirnya pelajar yang dihasilkan
tidak berkualiti serta tidak mahir untuk menjadi warganegara cemerlang. Kita
tidak mahu sekolah dipenuhi pelajar bermasalah dan mencacatkan perancangan
melahirkan generasi harapan masa depan.
Gambar Pantai Nusuk, Kampung Tanjung Kuala Sabak tiada kaitan dengan tulisan. Sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment