Wednesday 24 November 2021

IKLAN HANYA TAWARAN, BUKAN PAKSAAN MEMBELI

Iklan hanya tawaran, tetapi tidak bermakna ia baik dilakukan yang mana pengguna berhak membuat pilihan terbaik untuknya.

Semua iklan sememangnya menampilkan mengenai kelebihan dan galakan menggunakan barangan dan perkhidmatan, sedangkan apa yang diiklankan tersebut tidak menggambarkan apa sebenarnya seperti diharapkan atau difahami oleh pengguna. 

Oleh sebab itu pengguna perlu berhati-hati sebelum mempercayai kandungan iklan agar tidak menanggung kerugian.

Pengguna yang bijak menggunakan iklan sebagai membuat pilihan mana yang lebih baik dan sesuai dibeli, bukannya menentukan apa yang perlu dibeli. 

Sebarang tawaran perlu diteliti dan difikirkan mengapa harus membeli. Sikap terlalu mengikut kehendak hati akan menyebabkan keburukan.

Kempen jualan diadakan mudah mendorong pengguna berbelanja lebih. Barang yang sebenarnya tidak berapa diperlukan turut dibeli disebabkan terpengaruh dengan tawaran istimewa.

Disebabkan membeli barang tidak sepatutnya dibeli, pengguna menghadapi masalah belanjawan. Wang yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain telah digunakan untuk membeli barang tersenarai tawaran istimewa.

Sebenarnya didapati banyak tawaran istimewa dibuat peniaga tidak dilakukan dengan jujur.

Pengguna hanya menilai dari segi potongan harga, sedangkan mereka tidak menilai kebanyakan barang yang diberi potongan harga istimewa keadaan kualitinya tidak elok, barang stok lama, fesyen lama, barang cacat dan hampir tamat tempoh.

Kebiasannya barang jenama terkenal yang dikawal mutunya tidak akan diberi tawaran istimewa. Jika ada tawaran potongan harga diberikan, ia hanya dalam peratusan kecil, bahkan kebanyakan barang berjenama tidak ada potongan harga langsung.

Peniaga perlu menjelaskan dengan jujur mengapa potongan harga istimewa dibuat seperti fesyen lama, barang kurang bermutu dan sebagainya. Jika pengguna masih berminat membelinya, biarpun mengetahui perkara sebenar, maka ia diharuskan.

Pengguna perlu menggunakan kebaikan menggunakan iklan dan jangan terpengaruh membuat pembelian yang tidak perlu dan menjadi mangsa kelicikan pengiklan menampirkan iklan yang menarik.

No comments:

Post a Comment