Friday 27 May 2022

NGO KEBAJIKAN DI KELANTAN BERGANDING BERSAMA

 
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan banyak menumpukan gerak kerja membantu asnaf dan mangsa bencana.

Kebanyakan NGO mempunyai hubungan bersama dan gerak kerja tanpa bersaring atau untuk menaikkan nama NGO masing-masing sahaja. Apa yang penting, matlamat untuk membantu asnaf dan mangsa bencana tercapai.

Ketika aktiviti biasa ahli NGO lebih tumpukan kepada membantu mangsa sehingga tidak sempat berkenal antara satu sama lain dari NGO lain.  

Untuk merapatkan hubungan di antara ahli berlainan NGO, satu majlis santai jamuan berganding bersama diadakan melibatkan beberapa NGO berasaskan kebajikan di Kelantan.

Majlis diadakan di Restoran Sri Kandar, Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan.

Program santai penuh merih itu mendapat sambutan ahli NGO dan para jemputan.

No comments:

Post a Comment