Sunday, 29 December 2024

SIPUT BARUH HIDANGAN ISTIMEWA

 
Siput baruh memang ada penggemarnya. Rasanya unik, labih-lebih lagi jika digulai mengikut menu kegemeran seperti gulai lemak daun kadok. Nama siput baruh digunakan kerana siput itu banyak ditemui di kawasan baruh. Baruh dalam dialek Kelantan ialah paya atau sawah padi. 

Ukuran siput baruh lebih kurang sebesar ibu jari, tetapi disebabkan permintaan yang tinggi sehingga tidak sempat membesar, ukuran yang dijual biasanya lebih kecil. Namun, ia tidak menghalang peminat siput baruh untuk menikmatinya biarpun ukuran isi kecil dan sukar untuk disedut keluar.

Siput baruh yang ingin digulai perlu dibersihkan betul-betul kerana terdapat “lumut” dan kekotoran melekat pada cangkerang. Selepas dicuci, bahagian ekor atau hujung cangkerang perlu dipotong bagi memudahkan proses menyedut isi ketika hendak makan.

Bahan organik yang berada di dalam baruh, sawah atau sungai menyimpan rahsia permakanan siput baruh. Lendir siput baruh mempunyai khasiat untuk membendung keluarnya darah dari luka akibat terkena parang atau benda tajam lain.

Selain itu amalan memakan siput baruh dapat menghindarkan daripada penyakit buasir, dan mampu meningkatkan kolagen dalam tubuh untuk kulit menjadi halus.

Sebab itulah nenek moyang kita dahulu amat suka memakan siput baruh kerana dengan mengamalkan memakan siput sedut ini dapat menjaga kesihatan tubuh dan kecantikan luaran. 


No comments:

Post a Comment