Thursday, 12 July 2018

PENANAMAN RUMPUT HIBRID SEF MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA PENTERNAK

Haiwan ternakan memerlukan sumber makanan yang berkualiti untuk memastikan dapat membesar dangan baik. Penggunaan makanan proses atau bentuk pelet agak mahal dan segara langsung meningkatkan kos penternakan dan sekaligus mengurangkan margin keruntungan. Penanaman rumput khusus yang mempunyai ciri-ciri pemakanan yang sihat untuk binatang ternakan merupakan altenatif untuk mengurangkan kos penyediaan makanan ternakan.

Industri penternakan di negara kita telah lama diperkenalkan dengan tanaman rumput yang dikenali rumput napier India. Spesis rumput napier India sesuai ditanam di negara kita. Rumput napier India mudah ditanam dan membesar dalam tempoh masa yang singkat berbanding jenis rumput napier lain.

Berita baik untuk penternak, sekarang ada diperkenalkan sejenis rumput yang dikatakan lebih berpotensi untuk dikembangkan sebagai makanan ternakan. Rumput itu dikenali rumput hibrid SEF (sugar, energy dan feed). Rumput SEF juga didapati mudah ditanam dan sesuai untuk kebanyakan jenis tanah di Malaysia.  

Antara ciri-ciri kelebihan rumput hibrid SEF ialah:
- Hasil 4 kali ganda lebih tinggi berbanding rumput Napier India
- Kadar protein tinggi yang sesuai untuk pembesaran ternakan.
- Benih hibrid
- Setiap biji bercambah lebih 12 mata tunas
- Senang ditanam, dituai dan tidak gatal
- Digemari lembu, kambing, ayam, itik, arnab.

Penanaman rumput SEF dapat menjimatkan perbelanjaan penyediaan makanan ternakan dan sekaligus meningkatkan untung. Rumput SEF dapat mengatasi masalah kekurangan makanan untuk haiwan ternakan yang selama ini membantutkan usaha penternak untuk mengembangkan penternakan masing-masing kerana terpaksa menyediakan peruntukan besar untuk membeli makanan proses untuk ternakan.

No comments:

Post a Comment