Friday 22 October 2021

HUKUM MENGGUNAKAN UBAT ADA UNSUR HARAM

 
Menggunakan ubat diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan. 

Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:

Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis.

Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda yang bermaksud:  “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.”

Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara darurat. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini.

Kaedah iaitu mudarat mengharuskan yang haram. Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah lain iaitu yang bermaksud mengambil darurat cukup yang perlu sahaja.

Dalam penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep darurah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sepertimana berikut:

Darurah itu memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa atau pun harta benda. Kalaupun kekhuatiran itu berdasarkan andaian, anadaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.

Orang yang berada dalam keadaan darurah itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu. contohnya seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang, maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba.

Orang yang dalam keadaan darurah itu mestilah berusaha jangan memilih perkara ang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam dan usul akidah Islam, seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).

Ini bererti jika melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, Cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringkas dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.

Ketika melepaskan keadaan darurahnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah-keadaan  darurah  diukur dengan tingkatannya.

Dalam isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil.

No comments:

Post a Comment