Friday 29 July 2022

BEZA TELUR DENGAN BOLA PING PONG

 
Hidup ini penuh cabaran. Apa yang kita lakukan atau inginkan tidak semuanya berjaya. Juga tentu sahaja ada pihak yang tidak suka apa yang kita lakukan. Begitu juga usaha dalam perniagaan. Banyak halangan dan orang tidak yakin dengan kemampuan kita.

Ada pula tu, biarpun kita melalukan perkara baik, tetap akan dituduh dengan macam-macam perkara buruk yang kita tidak lakukan. Jika, kita benar-benar ada melakukan perkara tidak baik, yang kecil akan dibesar-besarkan.

Dalam mendepan cabaran dan halangan, jangan jadi seperti telur. Bila jatuh terus pecah. Tetapi, jadilah seperti bola ping pong. Bila jatuh makin melantun.

Jika dihina, ditolak oleh prospek. Jangan kita jadi macam telur. Ikutlah macam bola ping pong, semakin kuat. Orang hina, orang tolak. Semakin kuat usaha kita. Itulah cara orang yang ingin berjaya. Kita kena pantas dan yakin untuk membuktikan anda betul dan hebat.  

Jangan ikut cara telur. Bila jatuh terus pecah. Peluang untuk melahirkan keuntungan besar terus musnah dan terhenti setakat itu sahaja.

Masa telur dizahirkan ke dunia ini, riuh sekampung ibunya berkokok. Namun, jiwanya mudah rapuh dan mudah pecah.

No comments:

Post a Comment