Sunday 4 December 2022

Masa terbaik adakan PRN Kelantan

 
Perikatan Nasional (PN) tidak wajar menerima cadangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim agar tiga negeri diterajui Perikatan nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman selesai.
 
Ini kerana masa sekarang sehingg bulan Mac nanti masih dalam musim banjir, khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu. PN sebelum ini bertegas menolak PRU15 diadakan pada musim tengkujuh yang akan menyusuhkan rakyat.
 
PN perlu bertegas dengan keputusan atau ketetapan yang diambil sebelum ini.
 
Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 7 November 2022 (Isnin) dan berterusan sehingga Mac 2023.
 
Shahidan Kassim, dilaporkan berkata, cadangan agar diadakan PRN itu mengambil kira masa terbaik untuk tiga negeri terbabit susulan sokongan diberikan pengundi terhadap PN pada PRU15.
 
Malah, beliau percaya situasi rakyat yang ketika sedang marah dengan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga akan memberi kelebihan.
 
"Rakyat menunjukkan rasa marah kepada Kabinet dan marah kepada UMNO. Orang MIC, orang India pun banyak yang ikut marah kerana tidak diberi pengiktirafan dalam Kabinet (tiada wakil MIC dilantik).
 
"Jadi saya percaya kepada Kedah, Kelantan dan Terengganu bahawa ini masa yang terbaik diadakan PRN selepas selesai PRU15 di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman. Kita akan menang insya Allah," katanya ketika ditemui selepas program 'flash mob' kempen PN Parlimen Padang Serai, di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment