Wednesday 4 November 2020

KELAYAKAN PENERIMA PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) adalah kepada anggota ATM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mulai 1 Jan 1969 hingga Okt 1989 yang terlibat menentang Komunis, dengan syarat tidak diberhentikan atas tindakan tatatertib seperti yang terdapat di Para 49 (1). 

Veteran yang dianugerahkan PJM adalah mereka yang telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau fomasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM). 

Veteran yang telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) juga layak dipertimbangkan untuk menerima PJM. 

Selain itu, kelayakan lain untuk layak dianugerahkan PJM ialah veteran yang telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990. 

No comments:

Post a Comment