Satu
lokasi yang semakin mendapat perhatian di jajahan Gua Musang, terutamanya penduduk
bandar Gua Musang, ialah Bukit Durian. Bukit Durian terletak di Bandar Utama Gua
Musang.
Bukit
Durian setinggi 260 meter menjadi destinasi terbaharu penduduk jajahan ini
untuk melakukan aktiviti senaman dan beriadah.
Mendapat
nama bukit durian mungkin disebabkan di sekeliling bukit ini ditanam pokok
durian. Sebelum ini bukit itu tidak bernama yang menjadi sebahagian kawasan berbukit
berhampiran bandar Gua Musang.
Pembangunan
Bukit Durian adalah sebahgian projek dilaksanakan oleh pemaju perumanah Bandar Utama.
Pokok durian yang ditanam di atas bukit tersebut ialah dari jenis durian kunyit
atau musang king.
Bukit
Durian adalah sesuai untuk beriadah keluarga kerana kawasannya bersih, selamat
dan bukitnya sesuai untuk aktiviti mendaki atau hiking.
Hiking
Bukit Durian sangat sesuai untuk semua peringkat umur, mengambil masa lebih
kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Anda juga boleh berbasikal untuk sampai
ke atas.
Di
puncak disediakan tandas, di setiap laluan juga disediakan tong sampah. Masuk
adalah percuma.
Kawasan
ini merupakan hak milik persendirian, jadi mohon hormati hak-hak tuan rumah,
jaga kelakuan, jangan buang sampah merata.
Sejak
dibuka oleh pemaju perumahan Bandar Utama, kawasan Bukit Durian sentiasa
dipenuhi orang ramai terutamanya waktu hujung minggu untuk melakukan aktiviti
gaya hidup sihat seperti bersenam dan mendaki bukit.
Dari
puncak bukit pengunjung dapat melihat bandar Gua Musang dari semua sudut atau arah.
Gua Musang kini berkembang membangun dengan pesat sejak beberapa tahun lalu. Bandar
Utama sendiri menjadi sebagian episod pembangunan Gua Musang.
No comments:
Post a Comment