Wednesday 5 May 2021

BANTU RAKYAT GUNA WANG SENDIRI

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Memang itulah papatah menggambarkan sikap Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazalah Yaakob yang prihatin terhadap nasib rakyat di kawasan parlimen berkenaan.

Boleh dikatan saban ketika ada ruang masa, beliau akan menggunakan sebaik mungkin untuk melawat rakyat untuk bertanya khabar dan membantu sekadar yang termampu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan memang terkenal di kalangan rakyat di Machang sebagai pemimpin yang “mudah baso senang kiro”.

Biarpun tanpa peruntukan dari kerajaan, beliau masih meneruskan amalan menghulurkan bantuan sekadar termampu kepada rakyat yang memerlukan bantuan menggunakan wang sendiri.

No comments:

Post a Comment