Tuesday 22 November 2022

USAHA PEMIMPIN UMNO DEMI AGAMA BANGSA

 
Keputusan Perhimpunan Agung UMNO memutuskan NO DAP NO ANWAR NO BERSATU dalam PRU15.

PRU15, BN kalah lebih teruk berbanding PRU14. Menerima hakikat itu, BN bersedia untk jadi pembangkang, dan biarlah PH dan PN berkerjasama. Gabungan tersebut akan menjadi sebuah kerajaan yang kuat melebihi 2/3 (82+73=155) tetapi malangnya mereka tidak mahu berkerjasama.

Oleh itu kalau BN tidak kerjasama dengan mana mana gabungan maka YDPA boleh melantik ahli parlimen dari PH sebagai PM kerana PH menang kerusi yg terbanyak walaupun bukan majoriti.

Maka terbentuklah kerajaan yang minoriti dan lemah. Apa akan jadi? 

Ekonomi akan merundum, Cina akan jadi lebih berpengaruh dalam kerajaan, penjawat awam tidak akan hormat dan patuh sepenuhnya kepada angota pentadbiran (menteri, timbalan menteri dan lain-lain), pelabur asing tak akan masuk kerana kerajaan dan politik yang tidak stabil, negara luar tidak akan hormat kepada Malaysiaa, dan banyak lagi perkara negatif boleh belaku kepada negara. 

Paling ketara pastinya kepada orang Melayu yang turut terkesan kedudukan agama Islam.

Persoalannya patutkah BN/UMNO berpeluh tubuh tak payah campur dalam mana mana gabungan? Sanggupkah kita tengok negara hancur, agama Islam diperkotak katip, bangsa Melayu dihina dandi pijak pijak.

Kalau sanggup senang kerja BN/UMNO tak payah buat apa, duk diam diam sahaja, syok sendiri dengan laungan HIDUP UMNO HIDUP BN.

Kalau kita  tak sanggup lihat dan alami situasi tersebut, maka BN mesti kena sanggup berkerjasama dengan salah satu gabungan sama ada PH atau PN.

Pun begitu, BN tentulah tidak perlu terhegeh hegeh hendak minta berkerjasama. Sebab itu, BN tunggu sahaja pihak yang menang ajak berunding. Kalau tidak yang sudi kepada BN, maka BN bersedia menjadi pembangkang.

PN tidak pernah berhubung dengan BN sebagai sebuah parti secara rasmi untuk berunding tapi sebalik mereka menghubungi Ahli Parlimen BN secara individu untuk mendapatkan sokongan mereka melalui SD. Di manakah moral? Di manakah keikhlasan untk berkerjasama? Awal-awal lagi dah mula dengan tikam belakang dan nak memecah belahkan AP BN.

Di sebaliknya, PH telah mengajak BN untk berunding. Maka kita berunding demi untuk menjaga kepentingan Agama Islam, Melayu dan Negara. Sebab tu kita akan tuntut dan letak pelbagai syarat untk kepentingan di atas.

Antara contoh syarat BN:
- Perak- MB bagi BN walaupun BN paling sedikit kerusi DUN (PN 26, PH 24, BN 9). Selesai MB dari BN/UMNO dah angkat sumpah.
- Pahang - MB bagi kepada BN walaupun BN tidak majoriti (PN 17, BN 16, PH 8).
- Kedudukan Agama Islam tak boleh disentuh ataudi ubah, terjamin dan terjaga.
- Kedudukan Raja Raja Melayu tidak boleh disentuh, mesti dijaga kedudukannya.
- Keistimewaan orang Melayu tidak boleh diubah dan tak boleh disentuh.
- Kedudukan Bahasa Melayu tidak boleh diubah.
- Kementerian yang penting untuk rakyat diberi kepada BN (Contoh: Kewangan, Luar Bandar, Dalam Negeri atau Pertahanan, Pendidikan)
- Menteri dari kalangan Cina/DAP tidak ramai, mungkin 2 saja.

Inilah antara perkara yang difikir pemimpin UMNO. Hanya Kepada Allah kita belindung, insya-Allah kita diberi petunjuk untk kebaikan agama, bangsa dan negara.

Sumber: Media sosial (22 Nov 2022 – jam 1000 pagi)

No comments:

Post a Comment