Monday 28 September 2020

DIPANGGIL BERTUGAS SEMASA CUTI

 
Sepanjang perkhidmatan saya di 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD), seingat saya ada 2 kali saya dipanggil semula untuk bertugas semasa cuti tahun / long weekend.

Kali pertama pada tahun 1986 ketika saya sedang bercuti tahun selama 10 hari di kampung kelahiran saya di Kuala Kangsar, Perak. Seingat saya pada hari ke 4 bercuti tu, ada anggota Polis Tentera datang ke rumah dan memaklumkan bahawa cuti saya telah dibatalkan oleh Pegawai Memerintah (CO) dan saya dikehendaki balik ke pasukan dengan seberapa segera.

Atas tugas atau sebab apa tidak dinyatakan. Akur dengan perintah, saya terus bersiap dan terus ke stesen bas Kuala Kangsar menaiki bas ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Atas tujuan apa yer? Apa lagi kalau bukan tugas operasi (Op) khas Op Indera. Saya dikehendaki membawa Platun UCIS (Pl UCIS) dan melapor diri kepada Markas Taktikal 4 Briged (MK Tak 4 Bgd) di Kem Bentong.

Sebenarnya saya bukan Ketua Pl UCIS. Cuma gantian sahaja sebab dalam masa yang sama kebanyakkan pegawai muda yang ada sedang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan kenaikan pangkat leftenan (Lt) ke Kapten (bertulis).

Hanya saya jer yang belum layak menduduki exam lagi.

Op Indera khas tu berjalan selama sebulan jugak baru tamat di sekitar kawasan Lanchang / Jenderak / Kuala Kerau.. tak silap saya masuk ke kawasan operasi melalui kawasan Pos Kuala Gandah (sekarag Pusat Konservasi Gajah PERHILITAN), Lanchang..

Kali kedua pula adalah pada tahun 1988 atau 89 (dah lupa) ... di mana pasukan 12 RAMD telah diatur gerak serta merta ke kawasan operasi khas Op Indera kawasan Terowong Genting Sempah Janda Baik / hutan Gombak.

Rujuk kes kejadian seorang pegawai (dari Kor Jutra tak silap saya) yang sedang berkelah di Hutan Lipur Sungai Gombak bersama keluarga telah ditahan oleh sekumpulan penganas komunis.

Pada masa batalion (Bn) diaturgerakkan tu (hari Sabtu), saya berada di Kuala Lumpurkerana cuti hujung minggu.

Pasukan cuba berhubung dengan saya ke alamat yang tertera dalam buku weekend pegawai tapi gagal.. yer lah masa tu mana ada HP.

Hari Ahad malam, saya bergerak balik je Kuantan dari Puduraya. Sampai di Balai Pengawal Kem, Ketua Pengawal telah memaklumkan bahawa saya dikehendaki melapor diri di kawasan operasi pada esok pagi. Kenderaan sudah tunggu di MT line. Ration compo sudah ada dalam bilik. Rupanya ada 2 pegawai lain yang long weekend juga sedang tunggu kepulangan saya..

Panglima 4 Divisyen masa tu tak silap saya adakah Mejer Jeneral Datuk Borhan. 

Op khas ini jugak melibatkan beberapa Bn lain seperti 10 RAMD (Kem Seberang Takir. Trengganu), 11 RAMD (Kem Kuala Lipis), unit-unit Infanteri dari area Kuala Lumpur, Seremban dan juga dari Gruk Grak Khas (Komando) (tak ingat yang lain)

Dipendekkan cerita Operasi Khas pengepongan tersebut ambil masa 2 minggu jugaklah.

Dalam tempoh tersebut, hanya satu kejadian pertempuran yang berlaku melibatkan anggota dari Kompeni A 12 RAMD telah ditembak oleh pengganas komunis semasa Seksyen beliau sedang melaksanakan rondaan. Namanya tak silap saya Pbt Baharuddin.. cedera di bahagian perut.

Sorrylah geng.. agak panjang juga coretan saya ni.
Kalau rasa boring..
Abaikan sahaja..
Cuma nak berkongsi memori kenangan lama ..

Sekian.

Oleh: Hafiz Kamil
Penulis bekas pegawai tentera

Gambar: Sekadar hiasan.

3 comments:

  1. Mcm pendek sangat tuan... best baca cerita pengalaman mcm niπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ semoga sihat selalu tuanπŸ™‹πŸ»‍♂️πŸ™‹πŸ»‍♂️

    ReplyDelete
  2. Citer yg menarik untuk tahu kesudahannya.

    ReplyDelete
  3. Ada sambungan tak ni tuan?

    ReplyDelete