Tuesday 20 April 2021

CARA PENGKHIANAT ROSAKKAN PEMIKIRAN AHLI UMNO

Mereka yang masih lagi dalam UMNO adalah kumpulan-kumpulan yang benar-benar menghayati perjuangan UMNO itu sendiri. Yang keluar daripada parti pengkhianat. Kerana apa? Kerana mereka mempunyai nafsu. Dia ikut nafsu. Dia bukan ikut perjuangan. Jadi, sebab itu orang yang mengikut nafsu dia keluar. Oleh kerana dia ikut nafsu, dia akan buat cerita macam-macam. Dia akan buat fitnah. Dia akan keluarkan macam-macam cerita untuk merosakkan permikiran ahli UMNO. (Kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung PPBM, ketika masih menjadi ahli UMNO).  

Kenyataan itu perlu dijadikan pegangan kepada mereka yang masih dalam UMNO. Sekarang Hamzah sendiri sudah masuk kelompok pengkhianat kepada UMNO.

Hamzah mempunyai nafsu. Hamzah ikut nafsu. Hamzah bukan ikut perjuangan. Jadi, sebab itu orang yang mengikut nafsu Hamzah keluar. Oleh kerana Hamzah ikut nafsu, Hamzah akan buat cerita macam-macam. Hamzah akan buat fitnah. Hamzah akan keluarkan macam-macam cerita untuk merosakkan permikiran ahli UMNO.

No comments:

Post a Comment