Monday 12 April 2021

RASA LOYA POLITIK HANYA TAHU SALAHKAN PIHAK LAIN

Saban hari rakyat makin mual dan loya mengikuti politik hari ini. Sikap menunding jari kepada orang lain semakin menjadi-jadi sedangkan diri sendiri tidak bersih. Mereka lupa, satu jari ditunjukkan ke arah orang lain, empat jari dihalakan kepada diri sendiri.

Ada yang mengesahkan mengenai rakaman audio orang lain, tetapi buat-buat lupa tentang rakaman video diri sendiri.

Satu kelompok tu pula marah jika UMNO mengadakan kerjasama dengan PKR atas alasan PAU 2020 telah memutuskan tiada kerjasama dengan PKR  dan DAP pada PRU15 nanti. Sedang kelompok mereka pula bersungguh-sungguh ingin mengadakan kerjasama dengan PPBM. Mereka tidak jujur untuk mengatakan bahawa keputusan PAU 2020 bukan sahaja tidak mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP, tetapi juga dengan PPBM.

Kelompok yang sama juga akan mewar-warkan apa sahaja perkara yang dianggap salah dilakukan presiden sendiri, tetapi senyap apabila mendengar atau mendapat tahu presiden parti lain secara terang-terang melakukan khianat terhadap UMNO.

Ada individu menyalahkan Presiden UMNO yang dihadapkan ke mahkamah dan belum didapati bersalah, tetapi buat-buat lupa tentang kesalahan diri sendiri yang telah diputuskan oleh mahkamah.

Sebelum menyalahkan individu atau pihak lain, muhasabah diri dan kelompok sendiri dahulu. 

No comments:

Post a Comment